Derita barah tisu

0
133

“Setiap kali rawatan kemoterapi kami terpaksa menanggung kos yang sangat mahal, ubat yang saya perlu makan bernilai hampir RM1000,00”, kata Nur Jehan Md Yasser, 16, di Taman Nira Batu Pahat, di sini, baru-baru ini.

Nur Jehan disahkan menghidap barah tisu sejak awal tahun dan menjalani rawatan kemoterapi sejak 10 bulan lalu menyebabkan dia lemah dan menghalang dia untuk hadir ke sekolah.

“Saya tidak mengalami sebarang simptom kecuali bonjolan di bawah bahu yang semakin membesar sebelum menjalani pemeriksaan doktor.

“Doktor menyatakan saya mengalami barah tisu dan mencecah tahap ke empat, katanya.

pix-1-16
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Japar menyampaikan sumbangan kepada Nur Jehan di kediamannya di Taman Nira Batu Pahat

Nur Jehan berkata, bapanya Md Yasser Redzuan, 39, bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala ibunya suri rumah dan mempunyai enam adik beradik dan empat beradik yang masih bersekolah.

“Abang Sulong saya berusia 21 tahun bekerja sebagai Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), manakala kakak hanya bekerja biasa.

“Memandangkan kami tinggal di Taman Nira, Batu Pahat kos perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) mencecah ratusan ringgit setiap minggu, katanya.

Menurut Nur Jehan, dia berasa bersyukur dan terharu dengan kehadiran Program Ziarah Kasih yang di anjurkan UMNO Bahagian Batu Pahat ke kediamannya.

“Saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kerana datang memberi bantuan dan sangat terharu di atas sumbangan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga.

“Saya juga bersemangat untuk melawan penyakit ini untuk mengejar cita-cita menjadi seorang doktor dan mengharap Allah memberi keajaiban menyembuhkan penyakit yang saya hidapi serta memberi kekuatan untuk saya jalani kehidupan seharian, katanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Batu Pahat.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Japar berkata, pihaknya terpanggil untuk menziarahi Nur Jehan selepas mendapat maklumat mengenai keadaan kanak-kanak itu.

“Selain menyampaikan sumbangan kewangan, program ziarah ini membolehkan kami melihat sendiri keadaan keluarga ini dan mungkin ada bantuan daripada sudut lain yang boleh diberikan”,katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawat Nur Jehan dan keluarganya di No 10, Jalan Meraga, Taman Nira Batu Pahat atau menghubungi ayahnya Md Yasser Redzuan 010-6664214.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here