Dua kali terbakar

0
137

“Ini kali kedua rumah yang saya diami terbakar walaupun kedua-duanya musnah keseluruhannya, namun saya reda dengan ketentuan llahi,” kata mangsa kebakaran di Batu 13 1/2, Jalan Ismail, Senggarang, Rosnah Dahlan, 59.

Menurut Rosnah, rumah pertamanya terbakar tahun lalu, pada ketika itu dia yang tinggal di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit juga mengakibatkan dia tinggal dengan sehelai sepinggang.

‘Bagaimanapun saya tetap redha dengan kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12 tengahari, ketika itu saya sedang berniaga di Pekan Senggarang dan hanya mengetahui kejadian berkenaan daripada jiran saya.

“Terkejut pada mulanya apabila saya mendengar khabar yang kediaman saya terbakar, ketika itu saya berada di pasar dan terus bergegas pulang untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku,katanya.

img-20161202-wa0004
Keadaan rumah Rosnah yang hangus terbakar baru-baru ini

Menurut Rosnah, daripada jauh dia melihat kepulan asap hitam, apabila sampai sahaja di kawasan kediamannya, rumah berkenaan sudah musnah keseluruhannya dan tiada barangan yang mampu diselamatkan lagi.

“Saya juga lihat ketika itu, pasukan bomba sedang berusaha mengawal kebakaran yang berlaku,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Pasukan Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Khairul Kamarudin berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.27 tengah hari.

‘Dengan kekuatan dua jentera daripada bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, melibatkan 10 anggota, serta kebakaran berkenaan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 1.13 petang.

‘Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya daripada merebak ke kawasan sekitar dan siasatan berkaitan punca kebakaran berkenaan masih dilakukan terhadap rumah separuh kekal terbabit’, katanya.

img-20161202-wa0003
Ketua Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat , Mohd Hamidi Mad Tap menyampaikan sumbangan kepada Rosnah.

Sementara itu, kejadian kebakaran yang berlaku terhadap mangsa mendapat perhatian daripada UMNO Bahagian Batu Pahat iaitu bantuan barangan keperluan harian diberikan melalui Biro Kebajikannya.

Menurut Ketua Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat , Mohd Hamidi Mad Tap, pihaknya juga akan mengetengahkan bencana yang dialami mangsa berkenaan kepada pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Baitulmal Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

‘Pihak UMNO bahagian sudah menyalurkan bantuan susulan kepada mangsa yang berupa wang tunai dan juga barangan keperluan harian, selain menghubungi pihak JKM dan Baitulmal MAIJ untuk bantuan yang selanjutnya’, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here