Litar taraf dunia

0
677

  Deretan kenderaan mini di dalam litar hasil buatan sendiri di halaman rumah pasti menarik perhatian sesiapa saja yang berkunjung ke rumah Mohd Rezuan Tahir, 33, di Batu Pahat, Johor. Berdiri di hadapan litar berkenaan seolah-olah berada di litar pertandingan kenderaan berskala kecil seperti pancuan empat roda 4×4, lori trak dan kereta kebal.

  Memiliki hobi unik dan agak mahal itu, Rezuan mengakui begitu teliti dalam soal menjaga koleksinya itu dengan sebahagiannya dipamerkan di dalam almari manakala sebahagian pula dibawa bermain ke dalam litar.

  Menurut Rezuan, dia mula mengumpul koleksi permainan pacuan empat roda itu sejak tahun lalu dan meneruskannya secara serius sehingga hari ini. Mungkin minat itu dipengaruhi oleh tiga orang anak kerana anak-anaknya juga adalah peminat permainan pacuan empat roda. Tidak hairanlah jika ‘bahang’ minat itu turut menyelinap dalam jiwanya.

pic-2
Kenderaan mini yang dikumpulkan di dalam yang di beri nama Ewan Jaya Forest Land yang terdapat di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja, Batu Pahat.

  “Hobi saya ini masih tidak diketahui umum kerana ianya masih lagi baharu di Malaysia dan masih ada individu-individu yang mempunyai hobi yang sama seperti saya tetapi jumlahnya tidak ramai.

  “Untuk mendapatkan sebuah koleksi pacuan empat roda ini ianyas tidak terdapat di pusat-pusat membeli belah atau pun kedai biasa kerana segala komponen   sebuah kenderaan itu perlu di tempah khas daripada luar negara dan jika dipasarkan harga kenderaan berskala kecil ituhampir RM 18,000 ,katanya.

  Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia memilih mengumpul kenderaan bersaiz kecil kerana ia tahan lama dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak seperti kenderaan yang sebenar.

  “Kebanyakkan kenderaan mini seperti pacuan empat roda, lori trak dan kereta kebal yang menggunakan sistem alat kawalan jauh ini dihasilkan menggunakan plastik dan juga besi yang ditempah khas daripada luar negara seperti di Taiwan dan China.

  “Ia juga tidak mudah diperoleh kerana tidak banyak dijual di pusat beli belah dan jika mahu mendapatkan lebih banyak koleksi, saya membeli melalui rakan pemilik lain, secara dalam talian malah membuat pertukaran koleksi secara suka sama suka dengan pemilik lain,” katanya.

pic-6
Kenderaan mini yang dikumpulkan di litar yang di beri nama Ewan Jaya Forest Land yang terdapat di Kampung Parit Bengkok, Parit Raja, Batu Pahat.

  Menurut Rezuan, apa yang dilakukannya itu bukan semata-mata memenuhi minat kerana menerusi hobi itu dia dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama rakan yang mempunyai minat dan hobi yang sama daripada seluruh negara sambil mengisi masa lapang bersama seisi keluarga.

  Rezuan berasa gembira dan teruja kerana baru-baru ini semasa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 59, dia menganjurkan program Merdeka Rc Scale Gathering 2016 yang mendapat sambutan rakan-rakan pemilik kenderaan berskala kecil daripada seluruh negara.

  “Pemilik-pemilik kenderaan ini merupakan mereka yang memiliki pacuan empat roda, lori trak dan kereta kebal berskala kecil dan ada di antara mereka yang sanggup  datang dari Johor Bahru, Kuala Lumpur danTerengganu.

  “Mereka masing-masing membawa ahli keluarga untuk sama-sama berkumpul di Litar Mini yang disediakan oleh saya sambil dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga disamping dapat bertukar-tukar idea dan ilmu sukan permotoran kenderaan berskala kecil ini,katanya.

  Rezuan yang mempunyai kebolehan bertukang mengunakan kelebihan dan masa terluangnya dengan membina sendiri litar mini di halaman rumahnya bagi  memudahkan dia dan rakan-rakan untuk melaksanakan hobi uniknya itu.

  “Di masa lapang dan hari cuti saya menghabiskan masa dengan membina dan menghias sendiri litar mini bersama isteri dan anak-anak serta rakan-rakan kampung yang sukarela untuk membantu menyiapkan litar mini itu.

  “Kami di sini menyediakan bengkel untuk membaik pulih kenderaan mini ini yang mengalami kerosakkan dan juga menyediakan khidmat tempahan komponen bagi rakan-rakan yang memerlukan komponen baru bagi kenderaan mini mereka, katanya.

pic-7
Antara pacuan empat roda yang mengambil bahagian dalam perlumbaan mini di litar ‘Off Road’ Ewan Jaya Forest Land.

  Menurut Rezuan litar yang dibinanya itu menelan kos sebanyak RM10,000 termasuk kos penyelenggaraan untuk menyiapkan sebuah litar mini yang terdiri daripada tiga jenis litar itu ‘off road’, ‘on road’ dan laluan air.

  Rezuan berharap lebih ramai lagi masyarakat Malaysia yang berminat untuk menceburi hobi baru ini agar dapat diperluaskan lagi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana hobi seperti akan menjadi bidang sukan permotoran yang baru dan berpeluang cerah untuk mencapai kejayaan di persada dunia.

pic-1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here