Semalaman pendam rasa sedih

0
164

“Saya sanggup pergi ke pekan untuk mendapatkan internet kerana ingin membaca komen-komen yang dilemparkan di media sosial. Semalaman saya menangis kerana sepanjang 20 tahun saya jaga ibu saudara, hari ini saya difitnah kerana mengabaikan dia,” kata Norhasimah Ismail, 50, anak saudara kepada warga emas yang dikatakan terbiar merempat di kediamannya di Kampung Parit Makmor, Senggarang, di sini.

Gambar dan video Asmah Hasim, 77, bersama anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Azizah Darmawan, 57, menjadi viral di laman sosial apabila berada dalam keadaan menyayat hati dan serba kekurangan.

Malah, gambar Asmah yang duduk dibawah helaian surat khabar dengan dikelilingi sampah sarap amat menyentuh masyarakat malaysia.

Menurut Norhasimah, perubahan sikap ibu saudaranya itu berlaku selepas suaminya meninggal dunia kira-kira enam tahun lalu.

Menurutnya, sejak daripada itu kedua-dua mereka dibawah jagaannya kerana rumah ibu saudaranya terletak hanya bersebelahan dengannya.

whatsapp-image-2016-12-04-at-1-04-57-pm
Asmah Hasim dibantu penduduk kampung untuk dibawa ke pusat penjagaan Rumah Seri Kenangan Johor Bahru

“Selepas kematian suami, sayalah yang menjaga dia dan anaknya yang juga sepupu saya. Makan minum dan segala rutin harian dipantau oleh saya, namun tidaklah sepenuhnya kerana saya juga berkerja di sebuah kilang berhampiran pekan di sini

“Oleh sebab itu saya terpaksa ulang alik dari tempat kerja ke rumah hampir setiap hari untuk menyediakan makanan,” katanya yang turut mempunyai anak OKU perempuan berusia 14 tahun.

Norhasimah berkata, dia menafikan tuduhan orang ramai yang menyatakan bahawa ahli keluarga dan penduduk kampung mengabaikan penjagaan ibu saudara dan sepupunya kerana mereka berdua sudah berada dibawah jagaannya lebih 10 tahun.

whatsapp-image-2016-12-04-at-1-05-15-pm
Norhasimah ketika di temui di kediamannya di Kampung Parit Makmor, Batu Pahat

“Sejak isu pengabaikan dua warga emas itu tersebar di media sosial semalam (kelmarin) saya tidak dapat menahan sebak, malah menangis semalaman kerana kecewa dengan tuduhan melulu dan tidak berasas.

“Jika sengaja dibangkitkan keadaan rumah yang kotor, percayalah sudah beratus kali saya kemas, namun ibu masih mahu tidur di tempat yang kotor. Memang senang untuk orang tuduh macam-macam, namun hanya tuhan saja yang tahu kisah sebenar,” katanya.

Menurutnya, biarpun masih terkesan dengan kata-kata kesan dilemparkan di laman sosial, namun dia tetap bersyukur sekurang-kurangnya isu pengabaian ibu saudara dan sepupunya dapat diselesaikan dengan tindakan pihak berkaitan.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun sudah mengambil mereka dan segala keputusan akan dimaklumkan kepada saya dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here