Ibu syurga ku

0
442

Seorang anak sanggup berhenti bekerja demi menjaga ibunya, Normah Muhammad, 68, yang sakit terlantar sejak setahun lalu.

  Budiman Abd Hamid, 40, merupakan anak tunggal mengambil keputusan berhenti bekerja untuk menumpukan sepenuh perhatian menjaga ibunya yang terlantar akibat penyakit strok.

  “Sebelum ini ibu seorang yang sihat namun mempunyai penyakit gout yang agak kronik pada empat tahun lalu menyebabkan ibu terkena penyakit strok dan tubuh badan ibu lumpuh.

  “Ibu memerlukan sepenuh perhatian untuk melakukan rutin harian seperti membersihkan diri, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kurnia, Batu Pahat, di sini, kelmarin.

  Budiman yang masih bujang, sejak berhenti kerja mereka hanya bergantung bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM300 sebulan serta sedikit pendapatan hasil daripada kerja separuh masa yang tidak menentu.

  “Saya tidak bekerja dan perlu menanggung keperluan ibu yang terlantar sakit menyebabkan saya tidak dapat mencari rezeki secara tetap, katanya.

  

  Menurut Budiman, dengan bantuan daripada Baitulmal saya terpaksa berjimat cermat untuk membayar segala bil yang berkaitan dan keperluan harian yang sememangnya tidak mencukupi.

  “Dengan keadaan ibu yang terlantar dan tidak mampu bergerak, ibu terpaksa memakai lampin pakai buang dan kos untuk membeli lampin pakai buang agak tinggi.

  “Sejujurnya, sejak ibu sakit, saya tidak memikirkan perkara lain kecuali menjaga kebajikan serta mengumpul wang untuk membiayai rawatan atau keperluannya

dsc_0023
Puad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima Program Ziarah Kasih (PZK) UMNO Bahagian Batu Pahat.

  Tambah Budiman, dia tidak mengambil peduli apa orang kata kerana apa yang penting dapat menjaga ibunya sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan.

  Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya terpanggil untuk menziarahi Normah Muhammad selepas mendapat maklumat mengenai keadaan warga emas itu.

  “Selain menyampaikan sumbangan kewangan, program ziarah ini membolehkan kami melihat sendiri keadaan keluarga ini dan mungkin ada bantuan daripada sudut lain yang boleh diberikan”,katanya.

  Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh melawat Normah Muhammad dan keluarganya di No 26, Jalan Kurnia 8, Taman Kurnia Batu Pahat atau menghubungi anaknya Budiman Abd Hamid 017-7006423.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here