Derita kanser darah tak halang sertai sukarelawan

0
615

“Saya sungguh berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyertai kumpulan Perintis Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang di tubuhkan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), kata Siti Masliza Ishak, 24, di sini, kelmarin.

  Walaupun disahkan menghidap penyakit kanser darah pada tahun lalu, Masliza tetap tabah dan bersemangat kental melawan kesakitan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan.

  Menurut Masliza, dia yang juga penghidap kanser cukup bersemangat untuk menyertai kumpulan Perintis Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor kerana yayasan berkenaan merupakan ilham daripada Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya yang juga penghidap kanser.

  “Terdetik rasa hati saya untuk menyertai kumpulan sukarelawanan ini adalah kerana ingin menaikkan semangat kepada pesakit kanser yang lain untuk terus tabah menjalani kehidupan dan terus melawan penyakit.

  “Walaupun penyakit kanser ini di ambang kematian dan masih boleh dirawat  namun semua itu adalah dengan kekuasaan Allah, tetapi itu tidak menghalang untuk saya terus bangkit dalam kehidupan dan terus memberi semangat kepada pesakit kanser yang lain, katanya.

  Masliza berkata, dengan menyertai badan sukarelawanan ini sedikit sebanyak dapat membantu dia untuk terus bersemangat melawan penyakitnya dan secara tidak langsung dengan aktiviti sukarelawanan yang tertumpu kepada penyakit kanser ini dia dapat beri kesedaran kepada orang ramai terhadap pentingnya memberi bantuan dan memberi semangat untuk mereka terus berjuang dalam hidup.

nrp_8948-flj
RAJA Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (tengah) dan Tunku Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah bergambar bersama pesakit -pesakit kanser di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun ussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, baru-baru ini.

 

  “Jika bukan kerana semangat yang kuat keadaan kesihatan saya mungkin bertambah parah, tambah lagi saya terpaksa menjalani rawatan kimoterapi yang banyak memberi kesan sampingan.

  “Sudah hampir setahun saya menghidapi kanser darah ini, namun yang menjadi kekuatan saya selama ini adalah sokongan dan semangat yang tidak putus daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, katanya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik ini.

  Menurut Masliza yang satu-satunya sukarelawan yang menghidap kanser, dia pernah menangguhkan pengajiannya di UTHM selama dua semester akibat kesihatan yang teruk dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

  “Sepanjang tempoh itu lah ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi semangat untuk saya terus hidup”, kata pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) UTHM itu.

  Sementara itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan merasmikan pelancaran Unit Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor sekali gus merasmikan Majlis Penutupan Fiesta Kokurikulum Mahasiswa UTHM FIESKOM 2016, di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, di sini, baru-baru ini.

   Terdahulu, sebanyak RM10,000 berjaya diperolehi sekumpulan Perintis Sukarelawan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor di kampus UTHM yang berjaya dikumpul sejak dilancarkan pada awal program Fiesta Kokurikulum Mahasiswa UTHM (FIESKOM) 2016 pada 30 November lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here