BTRC Cemerlang di peringkat antarabangsa

0
1909

Bilal Troopers Rugby Club (BTRC) muncul naib juara dalam perlawanan 10th Centaurs International Mini & Youth Rugby Tournament 2016 yang di adakan di Singapura, baru-baru ini.

   Bilal Troopers Rugby Club yang merupakan salah satu wakil daripada Malaysia berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan berkenaan dalam kategori umur bawah 11 tahun.

  Pertandingan antarabangsa yang melibatkan daripada 143 negara itu mendapat penyertaan daripada pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Hong Kong, Sri Langka termasuklah Malaysia.

 

whatsapp-image-2016-12-19-at-1-19-59-pm
Pasukan Bilal Troopers Rugby Club (BTRC) ketika menyertai 10th Centaurs International Mini & Youth Rugby Tournament 2016 yang di adakan di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Jurulatih Bilal Troopers Rugby Club (BTRC) Mohd Zulraimin Zulkifli, berkata walaupun tumpas dengan pasukan KL SARACENS yang juga wakil daripada pasukan Malaysia di pusingan akhir, dia cukup berbangga dengan prestasi menakjubkan atas persembahan permainan anak-anak didiknya itu.

  “Walaupun baru sahaja dua tahun penubuhan pasukan BTRC ini kebanyakkan mereka begitu cepat belajar secara taktikal di dalam bidang sukan ragbi khususnya.

   “Ditubuhkan pada awal 2015 yang dulu yang hanya 15 orang ahli kini sudah menjangkau 30 orang ahli serta seawal umur 9 tahun menyertai pasukan ini sudah terlibat dengan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, katanya.

   Menurut Zulraimin, dia mengharapkan anak-anak didiknya itu dapat meneruskan kecemerlangan dalam akademik serta kesukanan diperingkat yang lebih tinggi .

 

whatsapp-image-2016-12-19-at-1-23-03-pm
Pasukan BTRC bergambar bersama selepas majlis meraikan kejayaan mereka di Kedai Makan Nasi Beriani Salju Batu Pahat, di sini, baru-baru ini.

  Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Zon Tongkah Pechah, Wahyu Hidayat serta Kedai Makan Nasi Beriani Salju Batu Pahat berbesar hati meraikan kejayaan pasukan itu dengan menaja makan tengah hari bersama semua pemain BTRC, tenaga pengajar dan ibu bapa yang terlibat.

   “Saya cukup berbangga dengan pencapaian anak-anak muda ini di peringkat kebangsaan mahupun di antarabangsa.

   “Semangat kesukanan ini perlu di didik sejak usia muda lagi supaya mereka membesar dengan keadaan persekitaran yang sihat, katanya.

   Menurut Wahyu, sedikit sebanyak majlis meraikan kejayaan mereka itu dapat menaikkan lagi semangat mereka supaya terus mengekalkan prestasi positif dan terus berjaya di masa hadapan dan memperolehi lebih banyak kejayaan.

   Turut menaja Bilal Troopers Rugby Club dalam pertandingan yang disertai oleh pasukan itu ialah Blackout & Justica Perfume, Team Gerila Tone Plus, Wira Rugby sertai tajaan persendirian daripada ibu bapa pelajar yang terlibat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here