Bendera Batu Pahat berkibar di Langkawi

0
11398

Anak jati Batu Pahat, Rafik Abdul Raof, 28, mengharumkan nama daerah Batu Pahat apabila berjaya menamatkan Ironman Langkawi dengan cacatan masa 11 jam 38 minit, 12 November lalu.

Mybp difahamkan, untuk perlumbaan ini bukan mudah kerana memerlukan daya kekuatan dan displin tinggi.

Antaranya adalah berenang sejauh 3.8 Kilometer (km), Kayuhan 180 km dan terakhir belari sejauh 42 km.
Rafik menamatkan ketiga-tiga perlumbaan masa dengan cemerlang termasuk dalam kelompok 5 atlit terpantas malaysia pada 2016 di Ironman Langkawi.

Tambah membanggakan bendera Batu Pahat turut berkibaran sejurus tamat perlumbaan. Sekali gus menaikkan semangat anak jati Batu Pahat pemuda ini.

Tahniah dari kami MyBP!

15666459_1409441052421840_341368023_n

Untuk makluman kejohanan Ironman ini berlangsung di Pulau Langkawi dimana menjadi lokasi para atlet menjelahi kawasan tropikal, berbukit dan melalui kampung, paya bakau dan hutan hujan.

Selain itu penyertaan Rafiq turut disokong oleh  sebuah kelab iaitu Tadonamo Triathlete dan organisasi BP Endurance yang ditubuhkan dalam menaikkan sukan renang, berbasikal dan larian.

Ditubuhkan sejak 2008 oleh enam atlet, organisasi ini bertujuan untuk memupuk kesedaran berkaitan aspek kesihatan dan sukan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here