Jenayah tipu di Batu Pahat cecah RM1 Juta!

0
450

Kegiatan jenayah komersial membabitkan kes penipuan di daerah ini berada dalam tahap membimbangkan apabila nilai kerugian direkodkan mencecah lebih RM1 juta dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat , Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, jumlah kerugian terbabit meningkat agak ketara jika dibandingkan daripada jumlah kerugian bagi tempoh sama tahun lalu.

Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang baharu.

Menurut Abdul Wahib, statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Batu Pahat menunjukkan kes penipuan membabitkan tempahan barang di laman web adalah tertinggi iaitu sebanyak 83 kes dengan nilai kerugian hingga RM430,392.

“Ia kemudian diikuti dengan kes penipuan ‘Awang Hitam’ atau dikenali sebagai African scam (penipuan melalui email) dan penipuan pinjaman wang tidak wujud masing-masing kerugian bernilai RM388,550 dan RM200,770.
“Selain itu penipuan tipu gores dan menang, penipuan bomoh cina serta penipuan nombor ekor turut direkodkan sepanjang tempoh ini dengan nilai yang agak banyak dan jumlah keseluruhannya adalah RM1,112 984,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here