Siap Siaga Rusuhan

0
275

Seramai 24 anggota polis daripada 11 balai polis di daerah ini berjaya menamatkan Kursus Ulangkaji Light Strike Force (LSF) sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kekecohan dan persediaan untuk pilihan raya umum akan datang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Abdul Wahib Musa berkata, dalam kursus selama empat hari itu, anggota polis terpilih didedahkan cara untuk menghadapi situasi berkenaan oleh jurulatih berpengalaman.

picsart_12-30-05-50-12
Gimik pertahanan rusuhan turut dipersembahkan dalam majlis penutup berkenaan. Foto – MyBP

“Ini termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi ketika perhimpunan atau rusuhan haram.

“Setiap anggota juga didedahkan dengan penggunaan peralatan seperti bom asap dan gas pemedih mata pada masa sesuai atau dibenarkan,” katanya ketika Majlis Penutup Kursus Latihan LSF IPD Batu Pahat, di sini, kelmarin.

picsart_12-30-05-51-07
Gimik pertahanan rusuhan turut dipersembahkan dalam majlis penutup berkenaan. Foto – MyBP

Menurut Abdul Wahib, kursus berkenaan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bagaimana berdepan dengan rusuhan.

“Mereka semua diajar cara menggunakan bom asap dengan melalui kaedah tembakan serta balingan selain serangan pertahanan,” katanya.

picsart_12-30-05-51-55
Abdul Wahib (tengah) bersama warga PDRM IPD Batu Pahat selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Latihan LSF IPD Batu Pahat, di sini, kelmarin.

Pada majlis penutup berkenaan, peserta kursus melakukan demonstrasi cara untuk mengawal kekecohan di hadapan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Abdul Wahib Musa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here