Izinkan saya habiskan sisa hidup ini di Batu Pahat

0
13999
“Tolonglah saya juga rakyat Malaysia,” itu rayu seorang warga emas yang berharap supaya ada pihak membantunya memudahkan urusan untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan di tanah kelahirannya, Malaysia.
  Salimah Manap@Salmah Hopgood, 80, sebelum ini telah menghabiskan lebih 60 tahun di Porthmouth, England.
  Ia berikutan pada tahun 1957, ketika negara berada dalam keadaan kucar-kacir akibat peperangan dengan tentera penjajah, warga emas ini mengikut suaminya ke United Kingdom.
1484112111-picsay
   Menurut Salimah, dia yang kemudiannya telah beberapa tahun tinggal di negara asal arwah suaminya, Keith Leonard Charles Hopgood@Hassan, telah mengambil keputusan menukar kewarganegaraannya.
   Katanya, namun setelah dua tahun suaminya itu meninggal dunia, dia mengalami kesukaran tinggal sendirian di negara terbabit dan berharap dia dapat tinggal terus serta mendapat kewarganegaraan Malaysia.
   “Saya  tinggal sendirian di England, setelah kematian suami dua tahun lalu, dan berharap dapat untuk kembali tinggal di negara kelahiran saya, lebih-lebih lagi saya dilahirkan di Parit Yaani, Batu Pahat.
   “Di sini juga, saudara-mara saya ramai…anak saudara, cucu saudara dan juga beberapa saudara mara saya yang lain, memandangkan saya tidak mempunyai sesiapa di negara kelahiran suami.
  Menurutnya, dia kini  berada di Batu Pahat ini lebih kurang sebulan, dan tempoh yang dibenarkan untuk berada di negara ini adalah tiga bulan sahaja sebelum dia perlu pulang ke England.
1484112167-picsay
Salimah (kiri) ditemui di kampung asalnya, Parit Yaani, Batu Pahat.
   Menyingkap kisah lamanya, Salimah berkata, dia berkahwin dengan arwah suaminya itu ketika usianya 14 tahun, di Singapura.
  Katanya Singapura ketika masih lagi berada di dalam Tanah Melayu dan dia terus mengikutnya kerana keadaan negara ini yang terlibat dangan kancah peperangan.
  “Makcik mengharap urusan untuk terus tinggal di negara kelahiran makcik ini akan menjadi kenyataan, setelah puluhan tahun berada di negara orang, tetapi makcik berharap  dapat menghabiskan sisa-sisa hidup ini di negara kelahiran sendiri,” katanya.
  Sementara itu, anak saudaranya, Abd Manan Ibrahim, 85, berharap ibu saudara iaitu adik bongsu kepada arwah ibunya itu dapat tinggal di negara ini dan pihak berkuasa di negara ini dapat mempertimbangkan usaha mereka untuk membawa kembali ‘kerakyatan’ ibu saudaranya itu.
  Tambahnya, dia yang berasa agak kasihan dengan ibu saudaranya setelah tinggal sendirian di England itu, mahu menjaga ibu saudaranya itu bersama anak-anaknya di kampung halaman di Parit Yaani, Batu Pahat ini.
  “Kami sekeluarga merayu dan meminta agar urusan ini dipermudahnya, di mana kami boleh membuktikannya yang dia (Salimah) ini lahir di negara ini, dan sepetutnya kerakyatannya juga boleh dikembalikan.
  “Sebelum ini dia menukar kerakyatannya atas sebab-sebab tertentu, selain mengikut suami, keadaan negara juga tidak aman dan sebab itulah keputusan yang drastik dilakukannya, demi menyelamatkan nyawanya,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here