Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina semakin dirasai.

0
296

Biarpun kehadiran hari kebesaran mereka yang berbangsa Tiong Hua pada minggu hadapan, kehangatannya sudah dirasai oleh warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Siu 1.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar berkata, pihaknya turut memberikan limau dan juga ‘ang pow’ kepada warga sekolah berkenaan sebagai penghargaan kepada mereka.


Beliau berkata, kedatangan Tahun Baharu Cina ini secara bersama dilakukan oleh Umno Bahagian berkenaan setiap tahun.

Tujuan utama ialah meraikan kanak-kanak serta menggembirakan mereka yang merupakan pelajar di sekolah terbabit.

“Kita akan melaksanakannya di beberapa lagi sekolah di dalam kawasan Batu Pahat ini, di mana ia juga adalah untuk mengeratkan perpaduan serta memupuk semangat hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Dengan adanya program yang melibatkan perayaan ini, kita akan pastikan ianya diraikan secara bersama tanpa mengira kaum dan keturunan masing-masing, paling penting ialah semangat perpaduan yang dibina akan terus utuh.


“Kita memberikan ‘ang pow’ untuk kegembiraan kanak-kanak yang juga pelajar di sekolah ini agar mereka juga bergembira apabila setiap kali musim perayaan, terutama kepada yang dari keluarga yang kurang mampu,” katanya.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here