Golongan OKU Bisu/Pekak Batu Pahat Dirai

0
340

Seramai 59 golongan OKU Bisu/Pekak yang terdiri dari 46 orang dewasa dan 13 kanak-kanak dalam Parlimen Batu Pahat diraikan baru-baru ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Jaffar berkata, walaupun mereka dilahirkan tidak seperti insan normal lain, pihak kami sentiasa prihatin dengan nasib golongan itu dengan meningkatkan bantuan serta kemudahan bagi memastikan mereka menjalani kehidupan dengan selesa.

 

Zaidi (tengah) bersama OKU bisu/pekak diraikan baru-baru ini. Foto- MyBP

“Golongan OKU perlu diberi perhatian dan pembelaan kerana mereka mempunyai keistimewaan tersendiri yang kadang kala lebih baik daripada insan normal.

 

“Masyarakat tidak boleh membezakan golongan itu dengan insan lain kerana layanan perlu diberi sama rata dan juga mempunyai hak untuk mendapatkan apa yang sesuai dengan fizikal dan keupayaan mereka.

 

Golongan OKU Bisu/Pekak di Batu Pahat diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan baru-baru ini. Foto – MyBP

 

Menurut Zaidi, UMNO Bahagian Batu Pahat juga akan mengambil inisiatif dengan mengadakan satu masyuarat bagi melantik jawatan pengerusi dan barisan AJK persatuan.

 

“UMNO Bahagian Batu Pahat akan membantu bagi tujuan pendaftaran ROS setelah persatuan dibentuk.

 

“Ini akan memudahkan menyaluran apa jua bentuk bantuan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli OKU bisu/pekak, katanya.]

UMNO Bahagian Batu Pahat turut memberikan ‘goodies bag’ pada majlis meraikan golongan terbabit. Foto-MyBP

 

Sementara itu, Zaidi juga mengucapkan tahniah dan syabas khasnya kepada Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat atas keperihatinan dan penganjuran program ini.

 

Selain dapat mengeratkan ukhwah ianya juga dapat menyelami dan menjiwai dengan lebih dekat permasalahan golongan sasar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here