Rugi RM1500 dipukau Geng Bekam

0
709

Seorang pembantu rumah kerugian RM1,500 apabila dipukau oleh ‘geng bekam’ selepas diarah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, Jumaat lalu.

Kejadian berkenaan berlaku di rumah majikannya, Refeah Mansor, 87, dan ia didalangi oleh dua wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun serta seorang lagi suspek lelaki.

Mangsa berkenaan, Jumiah Jumaah, 34, berkata, insiden berlaku apabila dia didatangi oleh dua wanita dengan memperkenalkan diri sebagai individu yang memeriksa kesihatan.

“Pada mulanya wanita terbabit tidak dibenarkan masuk oleh majikan saya kerana waktu itu hanya mereka berdua di dalam rumah.

“Dia kemudiannya dia beredar setelah gagal memujuk kami untuk membuka pintu…tetapi dia meminta air dan sekotak minuman diberikan setelah dia memberikan alasan anaknya yang berada dalam keretanya kehausan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Jumiah lagi, dia mula berasa lega setelah kedua-dua wanita berkenaan beredar .

“Namun tidak sampai 15 minit kemudian dia datang semula dengan alasan yang sama untuk memeriksa kesihatan kami, tetapi kali ini dia menunjukkan alat seperti alat untuk berbekam,” katanya.

Menurut Jumiah , wanita berkenaan juga memberikan alasan sekiranya tidak mencapai sasaran untuk memeriksa pesakit dia akan dimarahi dengan teruk oleh pihak atasannya.

“Ketika itulah saya membuka pintu kerana berasa kasihan dengannya. Malah saya kemudian diminta dengan berada dalam keadaan yang meniarap untuk proses bekam.

“Ketika itu jugalah dia turut meminta saya membuka barang kemas dan meletakkan alat bekam yang dibawanya di atas belakang saya. Selain itu dia meminta saya menunggu dalam masa lima minit untuk tujuan tertentu.

“Setelah merasakan ianya terlalu lama dan melebihi lima minit, saya bangun serta mencari wanita berkenaan tetapi dia telah melarikan diri, ketika itu jugalah saya menyedari barang kemas yang saya letakkan di atas lantai bersebelahan tempat saya meniarap telah tiada,” katanya

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menyatakan sehingga semalam pihaknya tiada menerima laporan berkaitan kes terbabit, selain menasihatkan kepada orang ramai supaya dapat berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali yang datang ke rumah masing-masing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here