Pertubuhan Ihsan Johor Sasar Bina 10 Rumah Hingga Hujung 2017

0
597
Pertubuhan Ihsan Johor yang disertai oleh para Sukarelawan Ihsan Johor Rangers yang berperanan membantu keluarga yang memerlukan membina kediaman yang lebih selesa mempunyai sasaran mereka yang tersendiri.
Dalam masa lapan bulan semenjak ditubuhkan pada 31 Mei 2016 lalu, sukarelwan ini telah berjaya menyiapkan lima buah rumah dan pada sasaran mereka dalam masa terdekat ini, 10 buah rumah perlu disiapkan.
Eksekutif Pentadbiran dan Pengurusannya, Radiah Abd Halim berkata, dalam sasaran berkenaan setiap daerah akan mempuyai sebuah rumah dan buat masa ini lima daerah telah mempunyai rumah sedemikian.
“Semenjak dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga penanung pertubuhan ini, kita telah berjaya membantu lima keluarga dari lima daerah untuk memiliki kediaman yang lebih selesa berbanding sebelumnya.
Rumah Ihsan Johor hanya perlu tiga hari sahaja untuk disiapkan sepenuhnya. Foto – MyBP
“Selain penaung kepada pertubuhan, idea asal untuk membantu golongan yang memerlukan ini adalah daripada beliau sendiri, dan pembinaan kediaman berkenaan dimulakan di Kluang, diikuti dengan Pontian, Johor Bahru, Tangkak dan terbaharu di Batu Pahat.
“Apabila siap 10 rumah yang dijangka dalam tahun ini juga, kita tidak akan berhenti di situ sahaja, selain kita akan meneruskannya dengan bergerak di setiap kawasan Parlimen di negeri ini pula,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Muhibbah Jaya, Senggarang.
Dia ditemui ketika kerja-kerja pembinaan sebuah rumah keluarga yang memerlukan di Kampung Muhibbah, Senggarang yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ewhal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Adun Senggarang, A Aziz Ismail dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar.
Menurut Radiah lagi, setiap yang dibantu ini merupakan mereka yang berdaftar dengan e-Kasih dan mempunyai tanah sendiri, selain mereka merupakan warga negara Malaysia serta tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.
Katanya, dengan anggaran kos sebanyak RM50,000 pembinaan rumah berkenaan akan mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan, selain melibatkan sekitar 30 orang sukarelawan.
Majlis ringkas doa selamat turut diadakan selepas Rumah Ihsan Johor berjaya disiapkan dengan sempurna. Foto – MyBP
“Para sukarelawan ini pula terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai bangsa, ada yang mereka ini seorang ahli farmasi, jurutera, guru dan pelajar termasuklah pelajar dari negara luar seperti Syria dan Arab Saudi.
“Kita akan membahagikan kepada empat kumpulan untuk pembinaan rumah ini, mengikut kebolehan sukarelawan itu sendiri iaitu pembinaan struktur rumah, membina bumbung, dinding dan pendawaian elektrik serta perpaipan.
“Walaupun pembinaan rumah ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu dalam masa tiga hari, namun struktur bangunan ini dijangka mampu bertahan sehingga 20 tahun,” katanya.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ewhal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Adun Senggarang, A Aziz Ismail dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar. Foto – MyBP

 

 

Tambahnya lagi, bahagian dinding luar rumah berkenaan dibina dengan menggunakan ‘cement board’, manakala bahagian dalam dinding dibina dengan ‘gypsum board’, selain mempunyai tiga bilik, ruang tamu, bilik air dan dapur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here