Thai Food Festival Serang Batu Pahat

0
3518

Ribuan pengunjung tidak kira dari luar atau dalam Negeri Johor membanjiri Thai Food Festival yang diadakan secara besar-besaran di Wet World, Tasik Merdeka .

Festival ini dianjurkan selama seminggu sejak kelmarin.


Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Zaidi Japar berkata, MPBP tiada halangan untuk mana-mana penganjuran karnival atau ekspo jualan di daerah Batu Pahat selagi ianya mengikut peraturan serta spesifikasi yang ditetapkan MPBP.

“Program atau festival seperti ini amat digalakkan kerana ianya bakal memberikan peluang perniagaan kepada usahawan tempatan dan luar serta secara tidak langsung ianya turut menjadi tarikan pelancong untuk datang ke daerah ini.

“Thai Food Festival yang diadakan mendapat pujian kerana gerai yang dipasang kemas dan juga tersusun, selain pengunjung yang datang merasa selesa.

PIX ZAIDI (tengah) bersama peniaga yang menghidangkan makanan Thai dalam festival berkinaan, semalam.

Menurut Zaidi, selain dapat menikmati makanan ‘ala-ala’ Thai, pada festival ini para pengunjung akan dapat membeli- belah barangan keperluan harian seperti pakaian, aksesori alat telekomunikasi dan juga pelbagai lagi barangan yang lain 

“Bagi pihak MPBP sangat menggalakkan penganjuran yang mampu meningkatkan ekonomi di daerah ini terutamanya daerah Batu Pahat yang sangat terkenal dengan usahawan industri kecil sederhana (IKS) yang paling ramai di Johor.

Sumber Facebook Thai Food Festival

“Paling menarik mengenai Thai Food Festival ini ianya menggabungkan peniaga luar dan juga peniaga tempatan dan mereka bersaing untuk menunjukkan kelebihan masing-masing dalam menghidang makanan ala Thai,katanya.
Zaidi berkata, jika festival berkenaan mendapat lebih sambutan yang menggalakkan, tidak mustahil program seperti ini akan menjadi aktiviti tahunan dan akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan daerah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat festival berkenaan selepas Program Khidmat Komuniti Sosial (CSR) Wet World Batu Pahat dan Biro Kebajikan Umno Bahagian Batu Pahat.


Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pengurus Wet World Batu Pahat, Alan Billy John dan Pengarah Thai Food Festival, Mohd Hafidz Hashim.

Menurut Mohd Hafidz, festival berkenaan dilaksanakan secara bergerak ke seluruh negara dan dijalankan setiap bulan dan pada setiap lokasi mereka akan berada selama 10 hari di kawasan yang terpilih.
“Di Batu Pahat dibuka sebanyak 41 gerai makanan ala Thai di samping 60 gerai untuk ekspo jualan barangan harian seperti pakaian dan sebagainya untuk pilihan pengunjung.
“Dalam masa yang sama, penduduk sekitar yang kurang berkemampuan tidak kami lupakan dan kami akan melakukan program khidmat komuniti sosial (CSR) dengan membantu meringankan beban mereka, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here