Lapan Tahun Derita Sakit Kronik

0
284

“Sudah lapan tahun ayah saya disahkan menghidap penyakit diabetis yang kronik dan pada masa yang sama kaki ayah sudah dipotong akibat penyakit yang dihidapinya,” kata Salmah Bagong, 52.

Menurut Salmah, jika dulu ayahnya, Bagong Zin, 88, dapat bergerak serta mampu mengurus diri dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan sekeping papan yang diletakkan roda di bawahnya.

‘Kini keadaan ayah sungguh berbeza, dia sudah tidak mampu bergerak lagi dan menghabiskan masanya di atas katil sahaja, selain urusan hariannya terpaksa memerlukan bantuan orang lain.

“Dulu dia boleh bergerak sendiri untuk menukar pakaian, mandi dan sebagainya, tapi dalam dua bulan ini dia sudah tidak mampu lagi dan hanya berada di atas katilnya sahaja.


Salmah berkata, dengan keadaan kesihatan ayahnya itu yang samakin teruk, dia perlu mendokongnya untuk ke bilik air untuk membersihkan diri kerana tidak mampu untuk membelikannya sebuah kerusi roda.

“Ada kalanya saya mendukung ayah untuk bergerak supaya dia tidak sentiasa berada di atas katil dan dia sendiri meminta untuk duduk di kerusi dan sebagainya.

“Kesukaran turut dialami apabila ayah perlu ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan bulanan dan saya terpaksa mendukung ayah akibat ketiadaan kerusi roda,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bintang, Peserai.

Sementara itu, Adun Semerah Mohd Ismail Roslan, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan sebuah kerusi roda untuk memudahkan urusan harian Bagong termasuk urusan ke klinik.
Katanya, dalam masa yang sama pihaknya juga akan menukarkan katil sedia ada milik Bagong dengan katil yang lebih selesa berikutan katil yang ada sudah uzur dan boleh membahayakan Bagong sendiri.

“Bantuan dua barangan berkenaan akan diberikan dalam masa yang terdekat dan bagi program Ziarah Kasih Semerah Sejahtera ini, ianya akan diteruskan dan dilakukan secara bergilir-gilir di kawasan Semerah, Peserai dan Bandar Batu Pahat.

“Program lawatan golongan yang memerlukan di kediaman masing-masing adalah untuk melihat sendiri keadaan mereka di rumah agar keperluan yang diperlukan dapat disalurkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here