Warga Indonesia dicekup bersama Janda BP

0
1530

 “Iya bang…saya sudah kahwin di Indonesia dan ada seorang isteri dan dua orang anak, dia ni cuma ‘kekasih”

Itu kata seorang lelaki warganegara Indonesia berumur lewat 30-an yang  di sebuah hotel dalam serbuan dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Pada masa sama lelaki terbabit  turut mengakui pasangannya yang berusia awal 30-an itu rakan kongsinya berniaga.
 Lebih mengejutkan perempuan yang ditahan bersama warga Indonesia itu, mengakui mereka baru beberapa bulan sahaja berkenalan.

Kadi Daerah Batu Pahat, Muhammad Husni Tamrin Md Sharif berkata, semasa serbuan dilakukan oleh pegawai penguatkuasanya, lelaki terbabit bersama pasangannya itu mengambil masa yang agak lama untuk membuka pintu.


Katanya, dengan memberikan alasan keletihan pintu dibuka kira-kira hampir 15 minit serta menyatakan mereka sedang tidur dan memberitahu sebab berada di dalam bilik yang sama adalah untuk persediaan perniagaan mereka di Segamat, hujung minggu ini.

“Walau apa juga alasan yang diberikan mereka ini pasangan ini telah melakukan kesalahan berada di dalam bilik yang tertutup berdua-duaan, sehingga menimbulkan syak di kalangan kami.

“Sepatutnya mereka ini tinggal di bilik yang berasingan kerana pasangan ini tidak mempunyai hubungan keluarga dan mereka juga bukanlah daripada pasangan suami isteri yang sah,” katanya.
Tambahnya, pasangan berkenaan kini ditahan sementara siasatan lanjut dilakukan, kedua-duanya akan disiasat mengikut Seksyen 27(1)(a)(b), Enakmen Keslaahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pihakanya tidak akan melepaskan mana-mana individu yang melakukan kesalahan berkenaan, yang boleh mendatangkan rasa syak dikalangan masyarakat, serta turut akan melakukan siasatan terhadap setiap aduan yang dilakukan.

“Operasi seperti ini akan tetap diteruskan dari masa ke semasa dan sememangnya akan mensasarkan hotel bajet dan rumah tumpangan kerana ia menjadi lokasi kegemaran pasangan untuk melakukan maksiat.

“Kita juga berharap dengan operasi yang dijalankan secara berterusan akan membuka mata masyarakat yang kegiatan seperti ini ada berlaku, selain memberikan pengajaran serta orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pelakukan yang mencurigakan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here