Bas Muafakat Johor kini diperluas ke daerah Batu Pahat

0
417

Perkhidmatan Percuma Bas Muafakat Johor (BMJ) kini diperluas ke daerah Batu Pahat dengan dua laluan diperkenal merangkumi 14 trip perjalanan bagi setiap laluan setiap hari.

Perkhidmatan BMJ di daerah ini dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) yang beroperasi semenjak 1 April lalu.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Han Ramin, buat permulaan ini dua buah bas beroperasi untuk dua perjalanan berkenaan yang membabitkan jumlah jarak perjalanan sebanyak 17.68 kilometer.

Katanya, tujuan utama perjalanan bas BMJ ini adalah untuk membantu meringankan beban orang ramai, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar untuk ke tempat-tempat tertentu.

“Dua laluan BMJ di daerah ini ialah BP001 yang bermula dari Terminal Batu Pahat melalui Taman Soga dan Taman Pantai Baru, manakala bagi laluan BP002 pula bermula dari Terminal Batu Pahat melalui Taman Bukit Perdana dan Taman Kemajuan.

“Bas BMJ ini akan melalui tempat-tempat tumpuan utama termasuklah taman perumahan, institusi pendidikan, klinik kesihatan, pusat membeli-belah, beberapa pejabat kerajaan dan tempat tumpuan lain.

“Buat masa ini kita operasi dua perjalanan dahulu di dalam kawasan bandar, dan kita akan kaji untuk perjalanan lain untuk masa yang akan datang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here