Ditahan selepas meraba wanita dalam bas

0
360

Remaja lelaki, 17 tahun ditahan selepas dipercayai meraba seorang wanita berusia 21 tahun dalam sebuah bas di Hentian Rehat Simpang Renggam, Kluang pada 30 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, wanita terbabit sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Batu Pahat sebelum pengadu tersedar  buah dadanya disentuh suspek.

Menurutnya, suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kes cabul terbabit tular di Facebook selepas mangsa dikenali sebagai Xin Yan memuat naik status mengenai kejadian itu.

Kisah malangnya itu kemudian dikongsi kira kira 5,300 pengguna sehingga hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here