Giliran Abang Sado Batu Pahat pula!

0
1728

Berbadan sasa serta mempunyai rupa paras yang kacak.

Fahmi Masri Rahimi, 22 atau lebih dikenali sebagai Kimie, dia tidak menyangka dia menjadi perhatian pengguna Facebook apabila gambarnya yang sedang meniaga di bazar  tular di laman sosial.

Kehadiran Fahmi bukan saja menjadi bualan penduduk setempat, malah nama Batu Pahat sekali lagi menjadi perhatian ramai.

“Saya sedar gambar saya tular apabila rakan-rakan berkongsi status di Facebook. Ketika itu saya sedang berniaga ayam percik.


“Tidak sangka pula gambar terbabit tular,” katanya.


Menurutnya, niat berniaga ayam percik hanya sekadar ingin membantu rakannya mengusahakan gerai makanan di bazar ramadan.


Malah aktiviti bermain besi hanya sekadar hobi di masa lapangnya.

Sementara itu pemilik gerai makanan di bazar ramadan Taman Budaya, Mohd Shafiq Hafizi Kamisan, 23, berkata, dia terkejut rakannya yang membantu berniaga juadah ayam percik tiba-tiba sahaja tular di laman sosial.


“Dengan tarikan rupa dan berbadan sasa oleh Kimie secara tidak langsung gerai yang saya usahakan bersama rakan-rakan menjual ayam percik meningkat.


“kami terpaksa meningkatkan jumlah jualan ayam percik sejak kisah Kimie tular di laman sosial, katanya.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here