Sekali sama tarikh lahir daaa

0
6221

“Ada kalanya kami berdua terpaksa menunjukkan kad pengenalan masing-masing untuk meyakinkan mereka. Tarikh lahir saya dan anak memang sama,” kata Aslinda Sukaimi, 45.
Tarikh lahir Aslinda Sukaimi sama dengan anaknya, Nur Amira Faziela Shidan, 20 iaitu jatuh pada tarikh 3 Jun.

Menurut Aslinda, adakalanya dia dihujani dengan tanggapan dimana dia merancang kelahiran anak keduanya itu.

Namun bagi dirinya ia menganggap ianya satu rezeki daripada Allah.

“Tidak pernah terlintas dihatinya untuk merancang kelahiran. Malah ia berlaku secara kebetulan.Ramai yang tidak percaya dengan tarikh lahir kami, saya lahir pada 3 Jun 1972 dan Nur Amira pula pada 3 Jun 1997. 

“Pengalaman yang paling tidak kami lupakan, ada juga yang menyatakan kami mereka-reka cerita dan kad pengenalan yang ditunjukkan ini bukanya kad pengenalan yang asli,” katanya.

Aslinda berkata biarpun begitu, setiap tahun ada sahaja kenalan baik kenalannya, mahu pun kenalan Nur Amira yang membuat pelbagai jenis kejutan menyambut hari lahirnya.

“Disebabkan hari kelahiran kami ini jatuh pada tarikh yang sama, banyak yang kami kongsi pada hari berkenaan, termasuklah tawaran istimewa pada hari kelahiran serta diskaun tertentu yang ditawarkan.

Sementara itu, bagi Nur Amira pula, tarikh itu dianggai sebagai satu ‘tuah’ dalam hidupnya kerana mempunyai tarikh kelahiran yang sama dengan insan yang paling disayanginya itu.

Katanya, secara tidak langsung selain menjadi ibu, ibunya itu turut menjadi rakan kerana mereka memang paling rapat dalam keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here