Anak jati Batu Pahat ini berjaya hidupkan motosikal guna enjin Nissan Skyline RB20

0
2892

Bina motosikal menggunakan enjin Nissan Skyline RB20. Bunyinya kedengaran pelik dan mungkin ada yang menganggap tidak masuk akal, namun itulah kejayaan anak jati Batu Pahat yang harus dibanggakan.

Menganggap motosikalnya sebagai raksasa yang susah dijinakkan, Abd Rasid Ismail, 47, mengakui ada pihak yang tidak percaya dia mampu mengubahsuai motosikal yang dikuasakan enjin kereta .

Namun katanya, perkara yang dianggap mitos dan tidak relevan itu bagaimanapun berubah selepas dia berjaya ‘menghidupkan’ motosikal yang sebelum itu hanya besi buruk.
“Jika orang Inggeris boleh mencuba mencipta mentol hingga 2,000 kali dan tidak menjadi, itu bukan bermakna gagal tetapi mereka menjumpai 2,000 cara yang salah untuk membuat mentol.
Beliau berkata pekerjaan berkenaan secara sampingan dan kemahirannya itu diwariskan kepada anaknya Amirul Azwan, 21, yang kini berjaya mendapatkan sijil Juruteknik Motosikal Kemahiran Malaysia Tahap 2, dari Yayasan Pelajaran Johor.

 

“Saya membaiki dan melakukan pengubahan ke atas motosikal atas dasar minat dan kepuasan sendiri dan aktif melakukannya sejak empat tahun lalu.

“Jika ada yang berminat menggunakan khidmat saya lazimnya mereka akan membawa enjin dan saya menggunakan kepakaran dan kemahiran menjadikannya sebuah motosikal ‘Bobber’ dengan purata kosnya mencecah RM6,000,” katanya.
Katanya, dia juga bakal menyertai pameran automotif Art of Speed 2017 di MAEPS Serdang Selangor pada 29 dan 30 Julai ini dan bertanding dalam kategori ‘Best Bobber’ dan terbuka.

Kisah Abdul Rasid yang mesra dengan panggilan Acid Welding mula popular apabila gambar dan video projek motosikal RB20 yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya menjadi tular di laman sosial sejak Ahad lalu.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here