Jangan tularkan sesuka hati

0
355

 

“Dalam kes ini, pihak yang menyebarkan gambar itu sehingga tular tidak seharusnya berbuat demikian kerana bangunan berkenaan masih dalam proses pembinaan dan belum siap sepenuhnya.

“Sehingga semalam bangunan kedai terbabit masih belum mendapat kelulusan daripada pihak MPBP dan masih belum selesai melakukan pemeriksaan,”

Itu kata Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Zaidi Japar berhubung gambar parkir di sebuah bangunan di Senggarang yang tular baru-baru ini.

Zaidi Japar berkata, sehingga semalam, bangunan kedai berkenaan masih belum diperiksa Jabatan Kejuruteraan MPBP dan sekiranya masih kekal seperti itu, bangunan itu dikhuatiri tidak mendapat kelulusan pihak berkenaan.

 

“Berkemungkinan pemaju atau kontraktor yang dilantik oleh pemaju bangunan kedai itu mahu mengelakkan denda dikenakan MPBP kerana perlu melalui syarat tertentu sekiranya ingin membina bangunan baru di kawasan pekan atau bandar,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat semalam.

Beliau berkata, antara syarat diwajibkan MPBP bagi pembinaan bangunan baru termasuk ruang parkir mencukup untuk kereta dan motosikal selain berharap pemaju projek pembangunan di daerah ini mengambil pengajaran terhadap kejadian itu.

“Pemaju sesuatu projek perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dan pembinaan sesebuah bangunan itu wajib mendapat kelulusan daripada dua jabatan iaitu daripada bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum dibenarkan untuk digunakan,” katanya.
Gambar mengenai kedai berkenaan tular di laman sosial sejak kelmarin dan netizen mempersoalkan kewajaran pemaju bangunan berkenaan yang membuat tempat letak kenderaan tetapi tidak mempunyai ruang mencukupi untuk laluan keluar dan masuk.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here