Kerja GILA gara-gara permohonan insuran RM100 juta ditolak bank. 

0
2173

Punca kes kebakaran berlalu di sebuah bank malam semalam terbongkar apabila ia disebabkan perbuatan khianat seorang pelanggan bank terbabit.

Ketua Polis Daerah ACP Abdul Wahib Musa, polis dimaklumkan dengan kejadian itu apabila dihubungi orang awam 10.45 malam.

Menurut saksi, dia ternampak suspek berada di pintu hadapan bank dan sedang menyiram cecair pada pintu bank dipercayai minyak petrol.

Selepas itu saksi telah nampak suspek membakar kertas dan buang ke arah cecair tersebut dan api terus marak.

Suspek yang melarikan diri menaiki motosikal bagaimanapun berjaya ditahan dikediamannya.

Wahib berkata berdasarkan siasatan, suspek  menyatakan dia  tidak puas hati dengan pihak bank untuk membeli insurans namun pihak bank tidak dapat memenuhi kehendaknya yang mahukan perlindungan insurans sebanyak RM 100 juta.


Untuk rekod, suspek  pernah menerima rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. 

Suspek kemudian ditahan reman selama 4 hari sehingga 24/7/2017 (3 hari) bagi membantu siasatan dibawah seksyen 436 kanun keseksaan iaitu melakukan kianat dengan api.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here