Pengakap Kelana B buka Kem Bravo

0
906

Pengakap Kelana B (Bagheera Rovers) daerah Batu Pahat mencipta sejarah apabila melancarkan pembukaan Kem BRAVO di daerah ini, di sini, semalam.

 

Pengerusi Kem BRAVO, Norikemal Tukirin, berkata, menyedari hakikat persaingan dalam persatuan di sekolah-sekolah terlalu banyak, Pengakap Kelana B (Bagheera Rovers) Batu Pahat sudah berjaya menambah baik dengan tertubuhnya Kem BRAVO.

 

 

“Kem BRAVO adalah sebuah kem untuk kemudahan Pengakap Kelana B daerah Batu Pahat berkhidmat untuk sekolah-sekolah dan ianya pencapaian yang amat berjaya dalam sejarah Pengakap Kelana B.

 

“Dengan tertubuhnya kem BRAVO dalam unit Pengakap Kelana B, ianya dapat membawa era baru dalam kegiatan dan perkhidmatan supaya dapat memberi pendedahan dalam ilmu kepengakapan kepada sekolah-sekolah dengan lebih berjaya, katanya.

 

Menurut Norikemal, kami berharap ianya dapat memberi satu anjakan paradigma yang lebih memberi kesan dan terbaik dalam pergerakan pengakap khususnya bagi daerah Batu Pahat.

 

 

“Kewujudan kem berkenaan adalah bagi menawarkan tapak perkhemahan yang strategik bagi sekolah atau organisasi untuk menjalankan aktiviti luar yang lebih santai.

 

“Diharapkan kem berkenaan akan menjadi platform alternatif berikutan kekurangan dan jumlah yang sedikit di sekitar kawasan Batu Pahat, katanya.

 

Sementara itu, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat, Rahmad Abd Rahman turut merasmikan Majlis Pelancaran Pembukaan Kem Bravo di Kangkar Merlimau, Parit Sulong.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here