Mohon Aliyah Pulang Segera

0
1484
Antara gambar Aliyah. Foto - Viral

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas motosikal ditunggangiya ditemui polis berhampiran kawasan estet di Yong Peng, Johor kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

 

Haslan Hamidan, 45, bapa kepada remaja berkenaan berkata, pihak polis sudah menelefonnya memaklumkan penemuan itu termasuk kunci motosikalnya dan diari milik anaknya itu, Nur A’liyah.

 

Antara gambar Aliyah. Foto – Viral

 

“Rakan-rakan di tempat kerja anak saya memberitahu Alia atau dipanggil Along dalam kalangan keluarga kami ada mengadu berasa diekori beberapa hari sebelum kejadian.

 

“Kami sekeluarga risau dan memohon pertolongan orang ramai bagi mengesan along kerana sepatutnya dia mengambil ujian berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Pahat pada pagi semalam.

 

“Kali terakhir saya dan dia berhubung melalui WhatsApp dan saya ada berpesan agar dia bangun solat subuh dan berharap ujian kali ini lulus selepas gagal dua kali sebelum ini.

 

“Dia ada membalasnya berserta dengan gambarnya yang sudah bersiap tetapi mesej kali kedua saya padanya tidak dibaca sehingga hari ini tetapi nombornya juga tidak dapat dihubungi” katanya.

 

Haslan berkata, anaknya itu mempunyai ketinggian kira-kira 145 sentimeter, berkulit sawo matang selain tidak membawa apa-apa bungkusan baju ketika keluar dari rumah.

 

“Along hanya membawa beg helmet yang dipakai dan diisi dengan dompet serta barangan soleknya sahaja malah ada pakaian dalam mesin basuh yang sudah dibasuh tetapi belum disidainya.

 

“Pengecas bateri tambahan juga dia tinggalkan selain tidak membawa pakaian tambahan. Along bersendirian di rumah Taman Berjaya dan saya dipindahkan kerja ke Selangor sejak setahun lalu manakala isteri isteri dan anak yang lain mengikuti saya kerana cuti sekolah,” katanya.

 

Menurut Haslan, dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu menghubungi talian ‭011 20968600‬.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here