BATU PAHAT KAWASAN KEMALANGAN PALING TINGGI 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

0
279

 

Kawasan Daerah Batu Pahat mencatatkan kadar kematian tertinggi dalam kemalangan jalan raya selama dua tahun berturut iaitu sebanyak 165 nyawa terkorban pada 2014 dan 191 nyawa pada tahun lalu.
Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, penunggang dan pembonceng motosikal pula mencatatkan senarai mangsa tertinggi dengan rekod 63 peratus daripada
7,698 kes keseluruhan kemalangan direkod di Batu Pahat.
“Laluan 50 Batu Pahat-Kluang, Jalan Muar dari Batu Pahat menghala ke Semerah dan Kilometer (km) 76 ke km80 dari Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dikenalpasti sebagai laluan yang sering berlaku nahas
jalan raya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here