HASRAT TERAKHIR ALLAHYARHAM ABDUL RAZAK (kanan) AL-FATIHAH..

0
137

 

Batu Pahat: “Aku memang nak belanja kawan-kawan makan. Ambil dulu RM200 ni, aku takut tak sempat, kalau aku tak sempat datang kau gunalah dulu duit tu,” itu kata-kata terakhir Allahyarham Abdul Razak Jamari, 42, kepada rakan karibnya, Ahmad Sayuti Mustafa, 34 sebelum terbabit dalam kemalangan, di Kilometer 91.3, Jalan Johor Bahru – Batu Pahat, Benut, Pontian, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu,
Abdul Razak maut di tempat kejadian manakala lima murid sebuah sekolah rendah cedera selepas Perodua Alza dipandu arwah bertembung dengan sebuah lori.

Fakta:

**Dalam kemalangan Rabu lalu, arwah disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala lima pelajar sebuah sekolah rendah agama, yang berada di dalam kereta dipandu arwah, cedera dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

**Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, polis kini sedang mengesan pemilik lori yang terbabit dalam kemalangan berkenaan memandangkan pemandunya meninggalkan tempat kejadian sejurus kemalangan berlaku.

** Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here