Kes pembunuhan Rauf 2012 lalu berjaya dibongkarkan

0
290

Batu Pahat: 14 individu yang dipercayai terlibat dengan misteri ‘kehilangan Rauf’ atau nama sebenarnya Mohd Rauf Othman empat tahun lalu didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat tadi.

Terdahulu kisah kehilangan Mohd Rauf ini telah disiarkan di akhbar Sinar Harian dan Harian Metro pada 9 Jun 2014 dan 27 Januari 2015, oleh bapanya, Othman Jemahat, 50 dalam usaha untuk mencari anak keduanya itu.

Hari ini, lima daripada suspek berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh suspek dengan niat di Taman Bukit Pasir pada 31 Mei 2012, pada jam 11.30 malam, di sebuah tanah lapang.

Sebutan semula kes berkenaan akan dilakukan pada 19 Disember ini di mahkamah yang sama

Terdahulu, kubur mangsa terpaksa digali semula pada 3 November lalu, pada jam 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Banang, di sini, bagi melakukan proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi mendapatkan punca kematian serta mengenalpasti identiti mangsa melalui DNA.

Kes pada 2012 lalu, mangsa diculik dipukul dengan rotan dan kayu, di mana kemudiannya dibuang di Taman Soga, sebelum dibawa oleh orang ramai ke HSNI untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun mangsa telah meninggal dunia setelah koma beberapa jam di hospital dan jenazahnya dikebumikan dua bulan kemudian apabila tidak dituntut oleh warisnya, memandangkan pihak berkuasa tidak dapat mengenalpasti identiti serta mencari waris setelah tiada pengenalan diri dijumpai bersama mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here