LELAKI MAUT BERGESEL DENGAN KERETA

0
132

 

Batu Pahat : Seorang lelaki berusia 63 tahun maut apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lagi kenderaan dalam kemalangan di Jalan Parit Botak berhampiran simpang Parit Bingan, di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan mangsa, Shail Hasim, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat , Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda Ex5 sedang dalam perjalanan ke Parit Lapis Semarang, di sini.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang berada di belakang kenderaan mangsa cuba memotong dalam keadaan laju

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here