Terowong Naga Terbesar di Dunia

0
262

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan Taman Hijau Che Ann Khor yang menempatkan senibina terowong naga yang terbesar dan terpanjang di dunia di Jalan Kota Impian, Yong Peng semalam.
Sultan Ibrahim tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi sambil disambut lebih 3,000 pengunjung yang setia menunggu sejak jam 9 pagi.
Baginda kemudian menandatangani plak khas perasmian sebelum majlis diteruskan dengan ucapan jemputan kehormat.

Fakta:

*Taman Hijau ini bakal menjadi produk pelancongan ikonik di Yong Peng, sekali gus merancakkan industri pelancongan Johor.

*Taman Hijau yang dibina dengan kos keseluruhan mencecah RM8 juta

*Taman hijau seluas keseluruhan 3.2 hektar ini menempatkan terowong berbentuk naga sepanjang 107 meter

*Didalammnya mempamerkan sebanyak 42 lukisan mengikut kepercayaan agama Buddha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here