‘Buat apa saya kejar wang’

0
390
Syed Ismail terus memperjuangkan warisan beca di sekitar kawasan Pasar Batu Pahat
Usia 73 tahun tidak menghalang Syed daripada terus membawa pelanggan menaiki becanya
Usia 73 tahun tidak menghalang Syed daripada terus membawa pelanggan menaiki becanya
Biarpun khidmatnya seakan ditelan zaman, namun semangat warga emas ini mempertahankan warisan pengangkutan beca di Pasar Besar Batu Pahat, di sini, masih kekal utuh.
  Disaat usianya mencecah 73 tahun, Syed Ismail Syed Abd Rahman masih kekal berupaya membawa beca dengan kudrat tulang empat kerat itu.
  Malah ketika MYBP menggunakan khidmat warga emas ini, lagak gayanya masih bertenaga dan tidak kelihatan penat walaupun mengayuh hampir 20 minit mengelilingi sekitar bandar yang turut dikenali bandar penggaram ini.
  Bagi Syed Ismail ini, wang bukan lagi tujuan utama sebaliknya kepuasan dalam meneruskan perjuangan bagi mengekalkan warisan untuk tatapan generasi muda adalah objektifnya.
  “Buat apa saya kejar wang, anak pun sudah besar malah cucu pun sudah tujuh orang,” katanya.
 Syed Ismail terus memperjuangkan warisan beca di sekitar kawasan Pasar Batu Pahat
Syed Ismail terus memperjuangkan warisan beca di sekitar kawasan Pasar Batu Pahat
  Menurut Syed, dia mula berjinak sebagai penarik beca seawal usianya 10 tahun iaitu sekitar tahun 1960.
  Menurutnya, jika dahulunya jumlah penarik beca mencecah 300 orang, namun kini hanya terdapat 10 saja yang masih beroperasi secara aktif di sekitar kawasan Batu Pahat.
   “Kawasan yang menjadi tumpuan penarik beca pastinya di Pasar Besar. Suasana di pasar ini dahulunya lebih meriah dengan pelbagai aktiviti perdagangan selain tumpuan orang ramai membeli barang keperluan.
  “Namun ia mula berubah sejak tahun 90-an apabila kebanyakan aktiviti jual beli lebih tertumpu pada kawasan lain yang dibangunkan secara moden. Sejak itulah khidmat penarik beca ini semakin kurang digunakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Syed mengenangkan nasib penarik beca di Batu Pahat
Syed mengenangkan nasib penarik beca di Batu Pahat
  Ditanya berhubung pendapatan diperoleh sebagai penarik beca, Syed berkata ia bergantung kepada orang yang menggunakan perkhidmatnya kerana adakalanya mereka langsung tidak mempunyai pelanggan.
  “Itu asam garam yang perlu kami hadapi. Orang lebih selesa naik motor dan kereta, malah jika ada pun kebanyakannya adaah generasi terdahulu.
  “Sebab itu juga saya berharap pihak berkaitan mampu membuat sesuatu sebelum generasi kami ini tidak lagi berupaya menjadi penarik beca,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here