Maut dihempap Lori

0
166
Gambar Hiasan
Seorang pekerja bengkel berusia 24 tahun maut selepas dihempap sebuah lori ketika sedang melakukan kerja-kerja membaiki kenderaan terbabit di bengkel milik bapanya di Jalan Megat, di sini, petang kelmarin.
  Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Koh Cheng Sin, maut selepas mengalami kecederaan dalaman yang serius.
  Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang radiator sebuah lori yang dihantar ke bengkel bapanya iaitu Koh Cheng Hock berusia 54 tahun.
  Menurutnya, tiada unsur jenayah dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
bpb08cws03
mangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here