Nasi lemak Cik Chom gemparkan Batu Pahat

0
407

 

lemak7

Menjadikan lauk pauk goreng bersaiz besar sebagai daya tarikan utama, restoran Nasi lemak Cik Chom yang terletak di Pura Kencana, Sri Gading, di sini, bagaikan fenomena awal tahun lalu khususnya bagi penduduk sekitar apabila sanggup beratur lebih 70 meter bagi menikmati keenakan nasilemak berkenaan.
Malah sejak gambar nasi lemak itu menjadi viral di media sosial, pelanggannya kini dikatakan mencecah sehingga 1000 pengunjung dalam satu-satu masa.
Pemiliknya, Shukri Rahim, 29, berkata, nasi lemak Mak Chom turut digelar sebagai nasi lemak hijau berikutan nasi yang diletakkan di atas itu berwarna hijau.
“Sebenarnya warna hijau itu adalah nasi yang dimasak bersama daun pandan bagi menaikkan lagi aromanya. Oleh itu baunya agak wangi berbanding nasi lemak biasa,” katanya.

lemak5
Shukri berkata, keunikan utama kedai makannya itu adalah menghidangkan nasi lemak bersama lauk terpilih dengan saiz yang agak besar, malah resipi yang digunakan juga adalah daripada ibunya sendiri iaitu Chom Salleh, 55 yang berpengalaman lebih 30 tahun menjual nasi lemak.
Menurutnya sehingga kini terdapat lima jenis nasi lemak iaitu nasi lemak siakap, sotong, ayam, puyuh dan telur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here