Padah curi selup dalam ‘coli’

0
300
Seorang pekerja salun kecantikan dijatuhkan hukuman penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri dengan menyorokkan produk kecantikan di dalam colinya, 30 November lalu.
  Tertuduh, Normala Rahman,24, mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.
  Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah namun majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  Tertuduh bersama dua lagi juvana dituduh secara bersama-sama  mencuri di dalam bangunan produk kecantikan di Butik Blackcube Rich, Parit Raja, di sini, antara 7 hingga 8 malam, 30 November lalu.
screenshot_20161205-014950_01-picsay
  Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.
  Majistret turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
  Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu untuk mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara dan sanggup membayar denda.
  Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham.
  Sementara itu, suasana di luar perkarangan mahkamah bertukar tegang apabila beberapa ahli keluarga tertuduh tidak berpuas hati dengan kehadiran media.
  Malah tertuduh membuat keputusan untuk menutup muka serta badannya dengan kain.
  Kes menyorokkan produk kecantikan di dalam coli itu mendapat perhatian ramai selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terbabit menjadi viral sejurus pemilik butik terbabit memuat naik rakaman pada Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here