Panik air laut melimpah

0
273

Air laut melimpahi benteng di Pantai Rekreasi Punggur, Rengit akibat angin ribut dan ombak besar susulan fenomena air laut pasang besar, di sini baru-baru ini.

Keadaan ombak besar yang turut disertai hujan menyebabkan air laut melimpahi benteng setinggi 3.2 meter.

Tinjuan yang dilakukan bagaimanapun mendapati air mula surut kira-kira sejam kemudian dan paras air masih lagi dalam keadaan terkawal.

img-20161114-wa0011
Keadaan air laut di Pantai Reakreasi Punggur yang melimpah di kawasan daratan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat, Staf Muda Syahir Zahari berkata, kadar paras air masih terkawal namun pihaknya sentiasa memantau dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kejadian air laut melimpah di Pantai Rekreasi Punggur itu adalah dalam paras normal dan disebabkan cuaca hujan disusuli angin ribut menyebabkan kawasan kedai yang berhampiran ditenggelami air.

“Penduduk setempat juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling dan jika keadaan semakin buruk penduduk disarankan untuk segera menghubungi pihak APM mahupun agensi keselamatan yang berdekatan, katanya.

Sementara itu, penduduk tempatan, Othman Aziz, 52, berkata,  dia dan keluarga berjaga-jaga dengan keadaan cuaca hujan yang kadang kalanya lebat.

“Air laut melimpah setinggi 3.2 meter ke kawasan tebing pantai akibat susulan angin ribut menyebabkan kawasan kedai berhampiran ditenggelami air pada awal pagi, katanya.

Fenomena Supermoon atau nama saintifiknya ‘Lunar Pedigee’ iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada hari ini dijangka mengakibatkan berlakunya keadaan air pasang besar di beberapa negeri terutama kawasan pantai timur dan pantai barat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here