Seorang anak sanggup berhenti bekerja demi menjaga ibunya, Zakiah Hashim, 63, yang sakit terlantar sejak lebih empat tahun lalu.

Haliza Hashim, 41, merupakan anak tunggal mengambil keputusan berhenti bekerja untuk menumpukan sepenuh perhatian menjaga ibunya yang terlantar akibat penyakit kencing manis.

“Sebelum ini ibu seorang yang sihat namun mempunyai penyakit kencing manis yang agak kronik menyebabkan kaki kanan ibu terpaksa dipotong sehingga paras peha.

“Ibu memerlukan sepenuh perhatian untuk melakukan rutin harian seperti membersihkan diri, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota, Yong Peng, di sini, baru-baru ini.

nrp_3874_csr
Pengurus Pasaraya Econsave Yong Peng, S Jayandi menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Zakiah Hashim di kediamannya dia Taman Kota, Yong Peng.

Haliza yang mempunyai dua anak berkata, sejak berhenti kerja mereka hanya bergantung bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta sedikit tanggungan daripada bekas suaminya.

“Saya tidak bekerja dan perlu menanggung keperluan anak serta ibu yang terlantar sakit menyebabkan kami kadang kala bekalan makanan kami terputus.

“Lebih memeritkan apabila saya terpaksa meminta bantuan rakan dan kenalan untuk menampung keperluan harian kami sekeluarga, katanya.

Menurut Haliza, dengan bantuan daripada JKM saya terpaksa berjimat cermat untuk membayar segala bil yang berkaitan dan keperluan harian yang sememangnya tidak mencukupi.

nrp_3868_csr
Zakiah Hashim menerima bantuan keperluan harian daripada Pasaraya Econsave cawangan Yong Peng

“Dengan keadaan ibu yang terlantar dan tidak mampu bergerak, ibu terpaksa memakai lampin pakai buang dan kos untuk membeli lampin pakai buang agak tinggi.

“Sejujurnya, sejak ibu sakit, saya tidak memikirkan perkara lain kecuali menjaga kebajikan serta mengumpul wang untuk membiayai rawatan atau keperluannya

Tambah Haliza, dia tidak mengambil peduli apa orang kata kerana apa yang penting dapat menjaga ibunya sebaik mungkin selagi hayat dikandung badan.

Sementara itu, Pengurus Pasaraya Econsave Yong Peng, S Jayandi, berkata, diharapkan bantuan itu dapat meringankan beban ditanggung Haliza sekeluarga.

Katanya, menjadi tanggungjawab Econsave menghulurkan bantuan kepada mereka memerlukan khususnya bagi mereka yang hidup dalam keadaan yang susah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here