50 tahun tunggang motosikal tanpa lesen

0
418

  “Percaya atau tidak, sudah hampir 50 tahun saya menunggang motosikal tanpa lesen…namun pada hari ini saya cukup bersyukur kerana mempunyai lesen memandu kelas B2,” kata Saudi@Sadi Kalil, 77.

  Menurutnya, yang tinggal di Kampung Parit Yob, Parit Yaani ini, dia mula menunggang motosikal ketika usianya 20-an lagi, dan ketika itu dia tidak tahu cara yang betul untuk mendapatkan lesen memandu yang sah.

  Katanya, beranggapan untuk mendapatkan lesen memandu ini terlalu sukar, dia terus mengambil keputusan untuk menunggang motosikal tanpa lesen, walaupun tahun akan risikonya.

  “Namun pada kali ini, walaupun usia saya sudah menginjak 70-an, tetapi saya bersyukur dan tidak lagi takut atau bersembunyi apabila terserempak dengan pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

  “Jika dahulu saya takut menunggang motosikal apabila terlihat mereka (polis dan JPJ), tetapi kini saya dapat menunggang dengan tenang dan berhasrat akan menegur mereka apabila terserempak.

  “Saya juga turut berterima kasih dengan pihak kerajaan yang memberikan peliuang kepada saya untuk memiliki lesen memandu, walaupun sekadar lesen motosikal (kelas B2) tetapi lesen ini sah disisi undang-undang,” katanya ketika ditemui.

img_7086
Saudi menunjukkan replika lesen memandu kelas B2 miliknya setelah hampir 50 tahun menunggang motosikal tanpa lesen

 

  Beliau ditemui semasa Program Melesenkan Penunggang Motosikal Kelas B2, kawasan Parlimen Sri Gading, yang membabitkan hampir 300 penunggang motosikal yang berusia 45 tahun dan ke atas.

  Usaha berkenaan dijalankan sempena program Festival Transformasi Parit Yaani dan Mobile Community Transformation Centre (CTC) yang dilakukan di Dataran Taman Perdagangan Parit Yaani.

  Dalam pada itu, seorang lagi penunggang Daing Maizaton Daing Ahmad, 47, berkata dia sudah 20 tahun menunggang motosikal tanpa lesen yang san dan turut berhadapan dengan situasi yang sama akan melarikan diri atau bersembunyi jika terserempak dengan pihak berkuasa.

  “Setelah mendapat lesen memandu yang sah ini, saya tidak akan melarikan diri lagi, malah dalam masa yang sama turut bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk memiliki lesen,” katanya

img_7088
Hampir 300 penunggang yang berjaya mendapatkan lesen memandu kelas B2 yang sah bergambar kenangan bersama. Ab Aziz

 

  Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, program berkenaan dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya memandu dengan mempunyai lesen yang sah.

  “Program ini dilaksana ialah bagi membantu golongan warga emas terutamanya untuk mendapatkan Lesen Memandu Percubaan (P) Motosikal Kelas B2 yang sah, supaya memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian.

  “Kebanyakan mereka ini, samada yang tinggal di luar bandar atau warga emas, tidak mempunyai lesen memandu yang sah tetapi mempunyai motosikal dan mereka menunggangnya setiap hari, katanya.

  Menurut Ab Aziz, memandu atau menunggang motosikal apabila tidak mempunyai lesen yang sah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) 1997.

  “Bagi mereka yang gagal mematuhi undang-undang berkenaan, akan mempunyai kesukaran dan menimbulkan masalah jika berlakunya kemalangan serta tidak dilindungi insurans,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here