Lelaki dijumpai mati di Menara MPBP

0
580

Seorang pemuda berbangsa Cina yang berusia 34 tahun ditemui mati di kawasan letak kenderaan di Menara Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada jam 7.45 pagi, semalam, oleh pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, keluarga Tey Chee Haur ada memaklumkan yang mangsa menghilangkan diri setelah keluar daripada kedai milik keluarga berkenaan di Jalan Rogayah dengan menaiki sebuah lori dengan alasan untuk mengisi minyak lori terbabit.

“Selepas tidak pulang semula beberapa jam dari kedai berkenaan keluarga mangsa mula risau dan membuat satu laporan kehilangan di Balai Polis Batu Pahat.

“Dalam masa yang sama menurut keterangan daripada keluarga, mangsa yang mempunyai masalah mental itu ada beberapa kali menyatakan mahu membunuh diri, tetapi mereka menganggap ianya hanya gurauan daripada mangsa, katanya.

Abdul Wahib berkata, seetelah beberapa jam mencari mangsa, akhirnya dia ditemui dengan keadaan terlentang dan keadaannya sudah tidak lagi bernyawa oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada syif pagi.

“Pengawal keselamatan berkenaan terus menghubungi majikannya dan segera membuat laporan polis, selain turut menyatakan pengawal keselamatan yang bertugas di sebelah malam tidak menjumpai apa-apa dan rondaan terakhir dilakukan pada jam 9 malam kelmarin.

“Pengawal keselamatan terbabit terlihat mangsa dari tingkat 10 bangunan berkenaan setelah menjenguk ke bawah dan terlihat mangsa berada dalam keadaan terbaring,” katanya ketika dihubungi.

 

pic-1
BANGUNAN Menara MPBP yang merupakan lokasi mangsa ditemui mati dengan kecederaan yang parah.

 

Menurut Abdul Wahib, mayat mangsa dikenali berdasarkan dompet dan kunci yang berada bersama mangsa selain pakaiannya yang dapat dicam oleh ahli keluarganya.

“Daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak polis , mangsa naik ke tingkat 14 dan terjun daripada salah satu tingkap yang didapati telah terbuka dan pihak polis percaya ia dilakukan sendiri oleh mangsa dan ditemui terbaring di tingkat 4 bangunan terbabit.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan bedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya untuk tujuan selanjutnya.

Menurut Abdul Wahib, hasil daripada bedah siasat yang dilakukan punca kematian adalah mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah berlaku.

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here