Tangguh dulu naik tambang bas sekolah

0
290

  Langkah Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia untuk menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari depan, tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang.

  Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi,berkata, meminta cadangan itu ditangguhkan sehingga waktu yang bersesuaian.

  “Tiada alasan tambang bas sekolah mahu dinaikkan berikutan harga diesel baharu diturunkan kerajaan.

  “Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia seharusnya berbincang dahulu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mendapatkan kata sepakat sebelum mengumumkan apa-apa kenaikan, katanya.

  Menurut Ab Aziz, adalah tidak sesuai untuk menaikkan tambang bas sekolah Januari depan, apatah lagi ibu bapa pasti terbeban berikutan sesi persekolahan baharu bermula.

  “Kita minta supaya cadangan untuk naikkan tambang sekolah mulai Januari depan ditangguhkan dahulu,” katanya

nrp_9412-mybp
AB Aziz bermesra dengan pesakit kanser selepas merasmikan program mempertingkatkan kehidupan baru pesakit kanser anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Pusat Komuniti dan Sukan Parit Raja

  Beliau berkata demikian selepas merasmikan program mempertingkatkan kehidupan baru pesakit kanser anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Pusat Komuniti dan Sukan Parit Raja, di sini, semalam.

  Buletin Pagi TV3 pagi semalam melaporkan kadar baharu tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2017 mungkin dinaikkan antara RM10 hingga RM20, sebulan.

  Pengerusi Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia, Ahmad Fauzi Murad, dilapor berkata, kenaikan itu perlu berikutan tiada kenaikan tambang perkhidmatan itu sejak dua tahun lalu.

  Menurut Fauzi, penarikan balik subsidi diesel oleh kerajaan sejak 2012, cukup membebankan mereka.

  “Mereka juga terpaksa menampung kos lain terutama kos penyelenggaraan bas.

  “Ketika ini caj perkhidmatan bas sekolah di Kuala Lumpur misalnya adalah  antara RM40 dan RM80, sebulan bagi setiap pelajar bergantung kepada jarak lokasi antara satu-satu kawasan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here