Wanita hina Azan ditahan

0
4603

  Polis tahan seorang wanita malam tadi, kerana dipercayai membuat kenyataan menghina azan dan Islam di Facebook sebelum ia menjadi viral sejak tiga hari lalu.

  Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata wanita 26 tahun itu ditahan, pada kira-kira 8 malam.

  Katanya, dia ditahan di rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam, dekat Kluang, selepas pihaknya menerima satu laporan, 20 Disember lalu.
  “Bertindak atas laporan itu, polis yang menjalankan siasatan dapat mengesan pemilik akaun laman sosial itu disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam.
  “Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak harmoni,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Kenyataan Ketua Polis Johor 20 Disember lalu

  Wan Ahmad Najmuddin berkata, polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan.
  Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
  

UMNO Bahagian Batu Pahat melunaskan tanggungjawab mereka

  Sementara itu  banyak pihak mengharapkan individu yang melakukannya disiasat dan seterusnya dikenakan tindakan undang-undang.
    Tidak terkecuali dengan Umno Bahagian Batu Pahat yang mengharapkan tindakan dikenakan terhadap pemilik laman Facebook terbabit, yang di atas nama ‘Kavvy Priyaa’, yang telah menyentuh sensitiviti mereka yang beragama Islam.
    Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar berkata, apa yang dilakukan oleh individu berkenaan sememangnya boleh mendatangkan kemarahan dan tidak mustahil akan mengganggu gugat ketenteraman.
  Katanya, tindakan berkenaan yang merujuk kepada sebuah surau atau masjid di Senggarang itu, dipercayai sengaja dilakukan dan dalam masa yang sama mencampur-adukkan perkauman juga politik di negara ini.

  “Diharap dengan adanya laporan polis ini pihak yang berkuasa terutamanya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat menyiasat kes berkenaan seterusnya tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada pelakunya’,” katanya

Kenyaatan biadap yang viral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here