50 kanak-kanak terima hadiah beg sekolah!

0
271

 

“Adik nak sekolah esok boleh?,”

itu antara keterujaan ditonjolkan seramai 50 kanak-kanak sekitar Taman Murni dan Taman Bukit Pasir di sini, apabila mereka dihadiahkan dengan sumbangan beg sekolah dalam satu majlis khas, semalam.

nrp_0657-b2s-tmnm
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar memberi ucapan kata aluan

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Mohd Zaidi Japar berkata, kesemua beg sekolah terbabit diedarkan kepada kanak-kanak terpilih terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan juga orang kurang upaya (OKU).

Mohd Zaidi berkata, pemberian bantuan beg sekolah itu sudah menjadi acara tahunan bagi pihaknya dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO di sini, sebagai persedian kanak-kanak ini menghadapi sesi persekolahan tidak lama lagi.

nrp_0694-b2s-tmnm

“Bagi tahun ini penerima terdiri daripada kanak-kanak berusia enam hingga 13 tahun yang mendiami sekitar kawasan Taman Murni. Seperti yang kita ketahui kos kehidupan sekarang semakin tinggi, oleh itu menjadi satu satu tanggungjawab sosial UMNO di sini untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Pada masa sama, salah seorang ibu penerima, Khamisah Jailani, 35, berkata, beg serta kelengkapan sekolah yang diterima anaknya, Mohammed Asyraf Mohamad Yusoff, 6, sedikit sebanyak meringankan beban ditanggungnya.
“Saya amat menghargai bantuan ini kerana duit yang diperuntukkan untuk beg baru anak boleh digunakan untuk kegunaan yang lain,” katanya.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here