Warga Emas Maut Motosikal Bertembung

0
214
Seorang warga emas maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah motosikal lain dalam kemalangan di  Kilometer 143, Jalan Johor Bahru – Melaka, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abd Wahib Musa, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa Md Sharif Buang, 69, menunggang motosikalnya itu dari arah Batu Pahat menghala ke Semerah.
Mangsa ingin membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang jalan dan kemudian datang sebuah motosikal dari arah yang bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
“Akibat daripada pertembungan terbabit mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan, katanya.
dsc_00
KEADAAN motosikal dan mangsa dalam kemalangan terbabit.
Abdul Wahib berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat, manakala penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Menurut Abd Wahib, dia menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutamanya penungang motosikal untuk tidak cuai dan lebih berhati-hati ketika menungang motosikal serta kenderaan lain juga perlu peka dan berwaspada ketika menggunakan kenderaan masing-masing di jalan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here