Ultraman selamatkan murid sekolah

0
575

​  Rata-rata murid di Johor hari ini sudah memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2017. 

  Seperti biasa pelbagai ragam dapat disaksikan dan pastinya telatah mereka yang pertama kali memasuki alam persekolahan mencuit hati ramai pihak khususnya ibu bapa dan guru.

  Dalam banyak gambar, MYBP tertarik pada dua gambar yang viral di group Whatsapp bp hari ini apabila murid SK Rengit ditenangkan dengan kehadiran ‘adiwira’ Ultraman.

  Nampaknya kegusaran mereka pada hari pertama sedikit sebanyak diceriakan dengan kemunculan hero kegemaran mereka. 
 Tabik dan syabas kepada individu terbabit yang sanggup bangun awal memakai kelengkapan Ultraman bagi menceriakan kanak-kanak ini.

  Bagi mereka yang memulakan persekolahan hari ini, Selamat bersekolah diucapakan daripada kami team MYBP

P/s : siapa punya tuan gambar mintak izin kredit ya atau hubungi kami untuk dikreditkan.
  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here