Hilangnya sebutir permata aktivis Batu Pahat

0
20219

Daerah Batu Pahat kehilangan seorang aktivitis yang berjuang dalam soal kebajikan, terutamanya berkaitan Ibu Tunggal, yang menjadi ‘ikon’ kepada semua.

Beliau adalah Allahyarham Sharifah Natrah Syed Abu Bakar, 51.

Al-fatihah

  Allahyarham yang popular dengan gelaran ‘Kak Nad’ itu, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, akibat kecederaan dalaman selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Anaknya, Nazira Kamarol Ibrahim, 22, berkata, ibunya itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanjung Laboh, berhampiran  Sekolah Tinggi Cina Batu Pahat, 16 Disember lalu dan mengalami kecederaan di kaki dan beberapa organ dalaman.

  Katanya, ibunya yang aktif dalam Persatuan Ibu Tunggal Insani Prihatin Batu Batu Pahat (BP Care) itu, merupakan antara individu yang terpenting dalam soal menjaga kebajikan ibu tunggal di daerah ini.

  “Difahamkan ibu saya antara pengasas BP Care ini sembilan tahun lalu dan kini telah mempunyai lebih 200 ahli di seluruh daerah dan turut aktif dalam Kelab Sukan Kecergasan Bandar Penggaram.

“Beberapa hari sebelum kematiannya, arwah ibu tidak banyak cakap dan kurang makan, lebih lagi dia terlantar di atas katil kerana patah kaki kiri akibat kemalangan jalan raya pada 16 Disember lalu.

“Sedangkan dia sebenarnya begitu  ramah.  Kami amat terasa dengan pemergian ini tetapi dalam masa sama kami redha dengan takdir Allah,” katanya.

  Sementara itu Setiausaha BP Care berkata, Salnah Jaferi ketika dihubungi berkata, pihaknya amat terasa dengan pemergian Allahyarham kerana sejak awal berjuang bersama sama membela kebajikan ahli yang kini mencecah seramai 200 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here