Ribut ‘serang’ Sri Medan lagi!

0
1468

“Angin seolah-olah kejar pakcik. Waktu itu nyawa ini rasa bagai di hujung tanduk,” itu situasi cemas dialami mangsa ribut, Rahmat Abd Rahim, 68, di Kampung Sri Dayong, Sri Medan,  kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, warga emas berkenaan sedang berada di halaman rumahnya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila dia secara tiba-tiba terlihat daun yang berterbangan menuju ke arahnya.

 “Saya ada, terlihat ‘kumpulan angin’ kencang dari arah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang berada beberapa meter dari kediaman. Angin itu menunju ke arah saya. Saya apa lagi, terus bergegas lari masuk ke dalam rumah,” katanya.

Menurut Rahmat, sebaik masuk ke dalam rumah, dia terdengar bumbung rumahnya bergegar dan terus mencari isterinya, Fatimah Husin, 67, kerana bimbang dengan keselamatan isteri tercintanya itu.

“Akibat terlalu takut dengan angin yang kencang itu, pakcik sempat melaungkan azan. Beberapa ketika kemudian angin kencang berkenaan reda dan  disusuli pula dengan hujan lebat.

“Sebaik hujan berhenti pakcik periksa kawasan kediaman. Namun saya mendapati bumbung sebahagian rumah telah tercabut akibat angin ribut,” katanya.

 

Rahmat berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana kesusahannya itu mendapat perhatian daripada pihak Ahli Parlimen Parit Sulong, yang diketuai oleh Datuk Dr Noraini Ahmad.

Menurut Noraini pihaknya juga akan memberikan bantuan bagi meringankan beban kepada mangsa dan pihaknya juga sedang melakukan siasatan jika terdapatnya mangsa lain akibat ribut yang berlaku itu.

“Kita tidak terlepas untuk melihat sendiri kediaman mangsa ribut ini, dan dalam masa yang sama bantuan awal diberikan untuk meringankan beban, selain akan merujuk dengan pihak JKM untuk bantuan susulan lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here