Harga minyak naik 20sen!

0
267

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen manakala diesel naik 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini.
  Kenaikan bahan bakar itu disahkan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dihubungi sebentar tadi.

  “RON95 naik 20 sen menjadikan harga pada Februari 2017 ialah RM2.30 manakala harga RON97 ialah RM2.60 berbanding RM2.40 sebelum ini,” katanya.

  Manakala harga bagi Diesel pula ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 sebelum ini dan Euro 5 kini RM2.25 berbanding RM2.15 seliter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here