Kolej Vokasional BP Juara Kejohanan Ragbi 2017!

0
1053

Kolej Vokasional Batu Pahat mencipta sejarah tersendiri  dalam Kejohanan Ragbi 15s Bawah 18 Tahun MSSD Batu Pahat 2017 apabila dinobatkan sebagai Juara Cup. Malah ia adalah kali pertama sejak Kolej itu ditubuhkan sebagai SM Vokasional iaitu pada tahun 1986.

Dalam perlawanan akhir cup mendebarkan itu, pasukan KV Batu Pahat berjaya menewaskan pasukan pilihan yg juga merupakan juara bertahan iaitu SM Sains Batu Pahat (SEHEBAT) dengan skor 15-0.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan silih berganti membuat serangan namun disiplin pertahanan kedua-dua pasukan dilihat begitu ampuh untuk ditembusi, menyebabkan keputusan kekal terikat 0-0 di separuh masa pertama.

Perlawanan akhir selama 50 minit itu berakhir dengan keputusan 15-0 sekaligus menyaksikan KVBP muncul juara buat kali pertama sejak 31 tahun ditubuhkan.
Pengarah KV Batu Pahat, Abdul Rashid Ahmad berkata kemenangan itu adalah kemenangan yang sangat ditunggu-tunggu oleh warga KV Batu Pahat terutamanya sejak program pembangunan ragbi di bawah KVBP Rugby Academy digerakkan April 2015 yg lalu.
Sementara itu Ketua Jurulatih merangkap penyelaras KVBP Rugby Academy, Mohd Syamsul Salleh, berkata kekecewaan   selama 3 tahun membawa dan membangunkan pasukan akhirnya membuahkan hasil pada tahun ini.

Tambahnya lagi, kejayaan meletakkan KV Batu Pahat sebagai juara MSSD Batu Pahat ini mungkin akan membakar semangat pasukan-pasukan KV Johor yg lain untuk turut mencipta kejutan di kejohanan MSSD masing-masing disamping membuktikan bahawa pelajar di KV juga turut berpeluang untuk membangunkan bakat, potensi dan minat mereka dalam bidang sukan sama seperti sekolah-sekolah lain.

Berikut merupakan keputusan penuh

Kejohanan Ragbi 15 Sebelah MSSD Batu Pahat Bawah 18 Tahun 2017.
Pusingan Awal :

Group A

SEHEBAT (48) vs (5) SMK SRI GADING

STI (41) vs (0) SMK PENGHULU SAAD

SEHEBAT (12) vs (24) STI

SMK SRI GADING (0) vs (0)SMK PENGHULU SAAD

STI (48) vs (0) SMK SRI GADING

SMK PENGHULU SAAD (0) vs (52) SEHEBAT
Group B

HSBP (52) vs (0) SMK SRI MEDAN

SMK SRI MEDAN (0) vs (42) MRSM BP

MRSM BP (5) vs (18) HSBP
Group C

SMK MUNSHI SULAIMAN (19) vs (5) SMK YONG PENG

SMK YONG PENG (5) vs (58) KV BATU PAHAT

KV BATU PAHAT (38) vs (0) SMK MUNSHI SULAIMAN
Pusingan Kalah Mati

Separuh Akhir 1

KVBP (12) vs (5) SMK TUN ISMAIL (STI)

Separuh Akhir 2

HSBP (3) vs (5) SM SAINS BATU PAHAT
Penentuan Ketiga Dan Keempat :

SMK TUN ISMAIL (24) vs (12) HSBP

Final

KVBP (15) vs (0) SM SAINS BATU PAHAT

 

 
Penulis -Exco Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Luar / Majlis Perwakilan Pelajar KV Batu Pahat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here