Hampir Terputus Bekalan Makanan

0
686

“Sejak ditubuhkan lapan tahun lalu, rumah jagaan warga tua ini pernah sekali hampir terputus bekalan makanan, tetapi berjaya di atasi dengan kemurnian hati masyarakat setempat yang memberi banyak sumbangan dan bantuan, kata Maimunah Musa, 45, Pengerusi Rumah Jagaan Warga Tua Maimunah Batu Pahat.

 

Maimunah berkata, sampaikan ada satu masa saya terpaksa membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai yang berdekatan tetapi pemilik kedai berkenaan sungguh berbaik hati dengan meminta ambil dahulu barangan berkenaan dan bayar kemudian kerana mereka tahu saya datang daripada rumah jagaan warga tua berkenaan.

 

“Di rumah jagaan ini ada diantaranya mereka dibayar setiap bulan dan ada juga mereka yang tidak berbayar. Dengan sebahagian pendapatan pada mereka yang berbayar ini lah kami terpaksa gunakan untuk menampung semua kos yang diperlukan dalam rumah jagaan warga tua ini.

Zaidi (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada Pengerusi Pusat Jagaan Warga Tua Maimunah, di Batu Pahat. Foto – MyBP

 

“Saya sangat berbesar hati dan amat bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang tampil memberi bantuan dan sumbangan kepada rumah penjagaan warga tua ini, katanya.

 

Menurut Maimunah, dia amat bersyukur kepada Allah kerana dengan kehadiran mereka yang memberi sumbangan dan bantuan ini merupakan satu rahmat yang besar kepada mereka semua di rumah penjagaan berkenaan.

 

“Diharapkan semua penghuni di rumah jagaan ini dapat berasa gembira dengan lawatan yang cukup bermakna ini serta penghuni warga tua di sini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta sebahagian mereka mempunyai pelbagai jenis penyakit dan perlu di jaga rapi.

 

“Ada diantara mereka di hantar ke sini adalah untuk diberikan rawatan dan penjagaan rapi, bukannya mereka di abaikan oleh keluarga mereka, katanya.

 

Maimunah Musa, Pengerusi Pusat Jagaan Warga Tua Maimunah. Foto – MyBP

 

Maimunah berkata, apa yang penting walau siapa pun mereka di sini, pihak kami sangat mementingkan kebajikan warga tua yang perlu di jaga dan diberi perhatian yang lebih rapi.

 

“Pusat Jagaan Warga Tua Maimunah memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga tua yang tidak mempunyai keluarga, tiada tempat bergantung mahupun yang mempunyai penyakit tua kini seramai 54 orang penghuni dan mempunyai 24 orang petugas.

 

UMNO Bahagian Batu Pahat bersama sebahagian staf Rumah Warga Emas Maimunah. MyBP

 

Sementara itu, UMNO Bahagian Batu Pahat baru-baru ini menganjurkan program lawatan Lambaian Kasih, Sanjungan Murni dengan menyantuni warga Pusat Jagaan Warga Tua Maimunah sempena sambutan tahun baru Cina dengan beramah mesra serta membantu menghulurkan sumbangan dan bantuan keperluan harian.

 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Japar berkata program berkenaan diadakan melalui Biro Kebajikan yang diketuai Mohd Hamidi Mad Tap dan setiap tahun pihak akan berkongsi perayaan pelbagai kaum walaupun berbeza agama dan kepercayaan.

 

“Kita di Malaysia perlu menghormati antara satu dengan yang lain dan semua pihak perlu menjaga dan mempertahankan negara ini dengan hidup saling bertoleransi antara satu dengan yang lain.

 

“Warga emas perlu dijaga sebaik mungkin dan nilai-nilai murni ini perlu terus dikekalkan supaya perpaduan yang dicapai sejak sekian lama dapat sama-sama pertahankan, katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here